Ahad, 18 Ogos 2019

SOSIAL GLOBAL


TUGASAN 3: PENGHASILAN PRODUK
  1. 1.    Blog (Individu)

Secara individu, pelajar dikehendaki menghasilkan satu blog yang berkaitan dengan salah satu daripada bidang berikut; sosial, sejarah, keusahawanan pendidikan atau teknologi. Kandungan maklumat yang berinformasi berkaitan bidang yang dipilih dan grafik yang sesuai perlu dimasukkan dengan menggunakan kemahiran TMK melalui aplikasi perisian computer bagi menjadikan blog itu menarik.

SIBERBULI ( CYBER BULLYING)

TAKRIF SIBERBULI
Menurut Wikipedia, siberbuli melibatkan kegunaan teknologi maklumat dan komunikasi untuk menyokong tingkah laku sikap sengaja bermusuh oleh seorang individu atau kumpulan, yang berniat untuk mengugut orang lain.

TINJAUAN PENDAPAT DAN STATISTIK
Pada September 2006, ABC News melaporkan pada suatu tinjauan pendapat disediakan oleh I-Safe.Org. Tinjauan pendapat 2004 ini dari 1,500 pelajar di antara darjah 4-8 dilaporkan:
  • 42% dari kanak-kanak telah dibuli sementara online. Satu dari empat berlaku pada mereka lebih daripada sekali.
  • 35% dari kanak-kanak telah diancam sementara online. Hampir satu dalam lima telah berlaku pada mereka lebih daripada sekali.
  • 21% dari kanak-kanak telah menerima email atau mesej lain yang menghina atau mengancam.
  • 58% dari kanak-kanak mengaku seorang telah mengata perkara menghina atau menyakitkan hati kepada mereka semasa online. Lebih daripada empat dari sepuluh mengata ia telah berlaku pada mereka lebih dari sekali.
  • 58% belum memberitahu ibu bapa mereka atau seorang dewasa mengenai sesuatu yang menghina atau mengancam yang berlaku pada mereka semasa online.
Suatu tinjau pendapat 2006 oleh Harris Interactive[9] melaporkan:
  • 43% dari remaja belasan tahun A.S. telah mengalami sesetengah bentuk siber-buli pada tahun yang lalu.
Miripnya, suatu kajian Kanada mendapati:
  • 23% dari pelajar sekolah tengah telah dibuli oleh e-mail
  • 35% dalam bilik bual
  • 41% oleh mesej teks pada telefon bimbit mereka
  • 41% yang sepenuhnya tidak mengenali pengenalan pelaku.


KETAGIHAN melampau remaja masa kini terhadap media sosial dilihat pendorong kepada pembentukan perilaku dan sikap agresif, sehingga ada yang sanggup bertindak membunuh diri.
Tindakan sedemikian boleh terjadi ekoran terlalu taksub, kecewa atau terpengaruh dengan kandungan di media sosial sehingga diri gagal membuat pertimbangan wajar.
Contohnya dalam kes pernah dilaporkan dalam akhbar Jun tahun lalu, seorang pelajar perempuan tingkatan empat di sebuah sekolah di Johor cuba membunuh diri selepas tidak tahan menjadi mangsa buli kenalan Facebooknya yang mahu menyebarkan gambar lucah beliau di media sosial.
Satu lagi kes berlaku ke atas seorang gadis di Crystal Lake, Florida, Rebecca Sedwick, 12, yang mengambil keputusan membunuh diri selepas dibuli dua rakannya sejak setahun lalu.
Di Malaysia, sebanyak 389 kes buli siber dilaporkan pengguna internet melalui Pusat Bantuan Cyber999 sepanjang tahun lalu, meningkat 55.6 peratus berbanding 250 kes pada 2012.
Kajian dijalankan CyberSecurity Malaysia, Kementerian Pendidikan dan DiGi Telecommunication Sdn Bhd pada 2013, membabitkan 9,651 pelajar dari 459 sekolah rendah dan menengah di seluruh negara mendapati 13 peratus daripada responden iaitu 1,255 pelajar mengaku sedang menjadi mangsa buli siber manakala 26 peratus atau 2,509 mengaku pernah menjadi mangsa buli siber.
Pakar psikologi dan kaunseling, Prof Dr Mohamed Fadzil Che Din, menjelaskan situasi itu tidak pelik memandangkan remaja kini gemar menjadikan gajet dan media sosial sebagai sumber rujukan.
Katanya, sumber rujukan ini tidak semestinya kandungan yang positif, malah sebahagian besar menjadikan aplikasi untuk mengakses perkara negatif dan tidak berfaedah.
"Kebiasaannya, 80 hingga 90 peratus penggunaannya lebih bertumpu kepada aktiviti penerokaan bagi mendapatkan maklumat baharu.
"Bagi individu, ada tiga punca yang mempengaruhi perilaku seperti itu iaitu menyalahguna media sosial; ketagihan melampau terhadap gajet serta manipulasi media sosial seperti cubaan menipu atau memburukkan orang lain.
"Sementara bagi ibu bapa atau penjaga pula, kurangnya kefahaman mengenai gajet dan dunia internet tanpa batasan, selain leka akan risiko penggunaannya, sedikit sebanyak mendorong kepada perubahan sikap anak-anak untuk bersikap lebih pasif," katanya.
Beliau berkata, sebahagian besar gajet yang terdapat dan dijual di pasaran kini dari jenis Ipad, tablet dan telefon pintar adalah bersifat sekunder dan tidak realistik.

BIAR ANDA FAHAM, HAKIKAT SIBER BULI.